Peringatan Penting..
Kepada semua umat islam di Malaysia....
Lemak **** ini didaftarkan dengan kod E-CODES . Sila Berhati-hati.
Jika Anda menjumpai kod-kod berikut ini dalam setiap produk siap yang akan kita beli, maka hendaklah mengelakkan daripada membeli kerana produk yang ada label kod-kod tersebut seperti di bawah ini mengandung LEMAK ****.
E100, E110, E120, E 140, E141, E153, E210, E213, E214, E216, E234,
E252,E270, E280, E325,E326, E327, E334, E335, E336, E337, E422, E430,
E431, E432, E433,E434, E435, E436, E440,E470, E471, E472, E473, E474,
E475,E476, E477, E478, E481, E482, E483,E491, E492, E493,
E494, E495, E542,E570, E572, E631, E635, E904.
Adalah tanggung jawab kita semua sebagai umat islam untuk mengikuti
syariat islam dan juga memberitahu maklumat ini kepada
saudara-saudara kita yang belum lagi mengetahui niat jahat musuh-musuh Allah untuk menghancurkan umat Islam.
Wassalam.
23 April, 2010
KOD2 RAHSIA LELEMAK **** DALAM MAKANAN
Dicatat oleh Hamba allah yang lemah di 5:39 PM 0 ulasan Pautan pada catatan ini
10 April, 2010
CUTI MAKAN ANGIN - Part (2)
Salam, selamat bersua kembali..
Hanya ungkapan tiada kecukupan masa saja yg membataskan Ana untuk update kan blog ini. Sebelum Ana meneruskan pengalaman pengembaraan bersama keluarga di Indonesia dikesempatan ini ingin bercerita mengenai pengalaman ditinggalkan kapalterbang ke Saudi pada 28hb.Mac yg lalu.
Dalam kemalasan untuk pulang ke Saudi Ana telah ketinggalan Pesawat Mas di Senai Airport yg sepatutnya @1210hr...oohhhh Membeli tiket segera ke KLIA @1550hrs..dalam masa yg sama Ana juga telah kehilangan HP kesayangan N-97,sesampai saja di KLIA ana terus ke kaunter(No.M) Saudi Airline tapi kenapa gelap???
Bila ditanya di tempat pertanyaan rupanya pesawat Saudi sudah terbang pada jam 1500hrs....uuhhhh geramnya kerana di E-tiket tertera pukul 1700hrs....abis cerita ambil tiket last flight ke JB @2130hrs...tak pasal2 dapat exstand 1 minggu lagi bersama family....
Mungkin apa yg telah tersurat ada hikmahnya...
"JANGAN BERSEDIH ATAS NIKMAT YANG HILANG DARIMU, SESUNGGUHNYA NIKMAT YANG ENGKAU MEMILIKI MASIH BANYAK"
...................................................................................
Tidak sempat menghabiskan lawatan di kebun bunga Bogor kerana kawasanya terlalu luas, ada air terjun serta anak sungai yg mengalir indah serta anak2 yg tidak begitu berminat lantas Ana mengambil keputusan menamatkan saja.....
Selang beberapa jam selepas itu hujan turun lagi (memang betulah Bogor yg dikatakan kota hujan.....
Sekitar jam 2 petang kami berangkat untuk melawat Mesjid Kubah Emas dalam suasana hujan.Pejalanan dari Bogor ke Masjid lebih kurang 2-3 jam bergantung kemacitanya(jammed).
Masjid Dian Al Mahri atau yang lebih dikenal dengan Masjid Kubah Emas berada di Jalan Maruyung raya, Kel. Meruyung, Kecamatan Limo, Kota Depok. Masjid megah ini berkapisiti 20 ribu jemaah berdiri megahh di atas tanah seluas 70 hektar.
Masjid ini mulai dibangun April 1999 oleh seorang dermawan, pengusaha asal Banten bernama Hj Dian Juriah Maimun Al Rasyid, isteri kepada Drs H. Maimun Al Rasyid, yang membeli tanah kawasan ini sejak tahun 1996. Rancangannya, selain masjid, kawasan ini akan dijadikan Islamic Centre.
Lihatlah keindahanya....selepas hujan
Masjid Dian Al Mahri memiliki 5 kubah. Satu kubah utama dan 4 kubah kecil. Seluruh kubah dilapisi emas setebal 2 sampai 3 milimeter dan mozaik kristal. Kubah utama bentuknya menyerupai kubah Taj Mahal. Kubah tersebut memiliki diameter bawah 16 meter, diameter tengah 20 meter, dan tinggi 25 meter.
Sementara 4 kubah kecil lainnya memiliki diameter bawah 6 meter, tengah 7 meter, dan tinggi 8 meter.
Masjid ini merupakan salah satu di antara masjid-masjid termegah di Asia Tenggara.
Kami menghabiskan masa dipersekitaran Mesjid selama 3jam dan sempat juga kami bersembahyang Asar.....
Program selanjutnya bermalam di Puncak dearah Bandung....disepanjang perjalanan kami terpegun kerana penuh deretan rumah yang agak padat.
Perjalanan kami lancar tetapi setibanya susur masuk ke Bandung jalannya telah ditutup selama 2 jam kerana banyak kenderaan dari Bandung untuk dilepaskan dahulu, ini kerana jalanraya Bogor-Bandung agak sempit yakni hanya ada 2 lorong. Ini bermakna kami hanya akan memulakan perjalanan ke Puncak sekitar jam 1945 malam.
Walaupun kereta beratur panjang, kami amat terhibur kerana ramai pemuzik jalanan yg menghibur diberi upah hanya 5000RP, sebut saja lagu apa yg mahu.....juga penjual jajan anak2 kekadang kasihan juga melihatnya kerana demi life survival yg agak tinggi.....
Amoi pandai mengambil hati Pak Dede untuk membeli jajan untuknya dan kakak.
Aduh penatnya badan...kakak dah mula menangis sakit perut....makanya perjalanan mengambil masa 2 jam lagi untuk menginap di Hotel Puncak (Citra Cikopo Hotel).......
Perjalanan agak lambat kerana keadaan hujan yg sekejap turun serta berhenti bersilih ganti.....
Bersambung...
Dicatat oleh Hamba allah yang lemah di 7:33 AM 0 ulasan Pautan pada catatan ini
22 March, 2010
CUTI MAKAN ANGIN - Part 1چوتي ماكن اڠين
سلامت برسوا كمبالي،Selamat bersua kembali,
دالم منچاري كسراسين هيدوڤ برسام ممرلوكن ماس، تناڬ، واڠ ريڠڬيت سرتا برباڬاي ميديوم باڬي مڠنالي هاتي بودي ڤاسڠن تتاڤي ڤرلو د ايريڠي دڠن تقوى، توكل سرتا ايمان... تنڤا ڤڬاڠن اين مك برلاكوله اڤ يڬ سريڠ دسبوت سباڬاي ايات كليسي "كامي سوده تيدق اد كسراسين"
Dalam mencari keserasian hidup bersama memerlukan masa, tenaga, wang ringgit serta berbagai medium bagi mengenali hati budi pasangan tetapi perlu di iringi dengan taqwa, tawakal serta iman... tanpa pegangan ini maka berlakulah apa yg sering disebut sebagai ayat klise "kami sudah tidak ada keserasian"
مك جك كيت تله سراسي برسام كيت هاروسله بركوڠسي اڤ ساج برسام-سام....كران كادڠكالا ڤاسڠن كيت سچارا لڠسوڠ تله ممبري سماڠت اونتوق كجايأن كيت هاري اين.......
Maka jika kita telah serasi bersama kita haruslah berkongsi apa saja bersama-sama....kerana kadangkala pasangan kita secara langsung telah memberi semangat untuk kejayaan kita hari ini.......
سكيراڽ كيت تيدق ماهو بركوڠسي اڤاكه ننتي جك كيت ماتي، كيت داڤت ممباوا سرتا مميكول هرتا
بندا ك قبور؟ اڤاكن كيت ننتي بيرڠكت دڠن ممباوا ايستان؟ اڤاكه كيت ننتي مننتيڠ جابتن دان ڤڠكت؟ اڤاكه كيت ننتي دقبوركن دڠن ليمڤهن امس دان ڤراق؟ اڤاكن كيت ننتي اكن دايريڠي منوجو عالم اخيرة دڠن كريتا دان ڤساوات تربڠ؟
Sekiranya kita tidak mahu berkongsi apakah nanti jika kita mati, kita dapat membawa serta memikul harta benda ke kubur? Apakan kita nanti berangkat dengan membawa Istana? Apakah kita nanti menenteng Jabatan dan pangkat? Apakah kita nanti dikuburkan dengan limpahan emas dan perak? Apakan kita nanti akan diiringi menuju alam akhirat dengan kereta dan pesawat terbang?
سسوڠڬوهڽ برسام كسوليتن اد كموداهن، دان ستله تڠيسن ڤستي اد سڽومن. ستله مالم تربيتله سياڠ، اكن ترسيڠكڤله سڬالا سينر اون كڬلاڤن، سڬالا بنچان اكن لڽڤ، كسوليتن اكن بيرقهير دڠن ايذين الله جوا.....
Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan, dan setelah tangisan pasti ada senyuman. Setelah malam terbitlah siang, akan tersingkaplah segala sinar awan kegelapan, segala bencana akan lenyap, kesulitan akan berakhir dengan izin Allah jua.....
....................................................................................
>Cuti minggu ke 2,
Sempena dengan cuti penggal persekolahan pada tanggal 13hb.Mac yg lalu kami sekeluarga bercuti ke Indonesia.....
Kesemua anak-anak serta isteri amat excited, ayuh mari kita sama-sama mengembara serta berkongsi pengalaman serta idea.
Hari Pertama - 14hb.March
Jam 11pagi kami sudah bersiap untuk ke Kuala Lumpur, dalam perjalanan kami sepakat membuat keputusan disaat akhir untuk singgah di Batu Pahat-Sri Medan untuk menziarahi emak saudara. Entah klo dah rezeki agaknya....disekitar jalan pekan Parit Yanni ada la pulak buah durian....aahaa apa lagi....
Sementara menunggu penerbangan pada esok hari sekitar jam 1455hrs kami sekeluarga telah bermalam di Palm Garden Hotel ioi Resort di Putrjaya.
Hari Kedua - 15hb.March
Sempat dawar-dawar disekitar Tasik Putrajaya
Sekitar jam 5ptg kami sekeluarga selamat mendarat di Bandara CGK-Jakarta, Alhamdulliah segala urusan Imigresen berjalan lancar kira-kira 10-15minit sahaja. Kedatangnan kami telah disambut oleh Mas Dede yang ramah merangkap pemandu pelancung kami nanti.
Selepas segala kendalian bagasi selesai destinasi kami yg pertama ialah Kota Bogor juga disebut sebagi Kota Hujan....perjalanan kami sekitar 4 jam kerana hujan telah turun dengan lebatnya di pertengahan perjalanan serta mobil yg macet sekitar pinggir kota Jakarta ini...oowwah sungguh memenatkan...
Kami nyampai di Hotel Mirah jam 8 malam...Room rate Rp495,384 include breakfast 2 org.
Hari Ketiga - 16hb.March
Bergambar kenangan di hadapan Hotel Mirah.
Pengembaraan kami sekeluarga bermula untuk melihat Kota Bogor secara dekat tetapi kami agak hairan kerana orang terlalu ramai di persekitaran Istana lama serta di kebun bunga dan dari apa yg telah di sampaikan Mas Dede, ini kerana pada hari itu adalah sebagai Public Holiday untuk mrnyambut "Hari Raya Nyepi" (khas buat penduduk Bali)
Mengelilingi Istana Bogor dengan kereta kuda dalam 15-20 minit Rp40,000
Along sedang merasa air Cincau tapi rasanya seperti air batu Cendol Rp 2500
Anak-anak teruja melihat arnab yg jinak 5 ekor dijual RP 100,000
Apa yang Ana lihat disekitar Kota Bogor ini banyak peniaga menjual barangan hasil dari pertanian yg segar-segar...antara nya Avocado dan Ana sedikit kesal kerana terlupa untuk mengambil gambar buah "Menteng" sebesar bola pinpong warna kekuningan dan rasanya seperti rambai serta duku juga hanya terdapat di Bogor sahaja.
Selepas berehat 1jam serta membeli keperluan makanan kami akan melihat keindahan Istana lama dan kebun bunganya yg di katakan luas mata memandang serta sejuk bila melihat....
Kita saksikan nanti - bersambung
Dicatat oleh Hamba allah yang lemah di 6:14 PM 0 ulasan Pautan pada catatan ini
12 March, 2010
CUTI MINGGU PERTAMA - چوتي ميڠڬو ڤرتام
سلام برسوا كمبالي،
چڤت بتول ماس برلالو....اونتوق ملالوءي دتيق2 اينده برسام فاميلي ڤد ميڠڬو ڤرتام اين انا مڠهابيسكن وقتو برسام2 مريك....
Salam bersua kembali,
Cepat betul masa berlalu....untuk melalui detik2 indah bersama family pada minggu pertama ini Ana menghabiskan waktu bersama2 mereka....
كيك يڬ دبوات استري...Kek yg dibuat isteri....
سيسي بكر-بكر Sesi bakar-bakar
ساعت مانيس برسام د كمڤومڬ....Saat manis bersama ibubapa di kampung....
مممم..ده 1 تاهوم تق ماكن دورين Mmmm..dah 1 tahum tak makan durian
سمڤت منريما تمڤهن مففين اونتوق ڤڠنتين....Sempat menerima tempahan Muffin untuk pengantin....
تيم كاسيه ڤد راكن تاولن يڬ حاضر ڤد مجليس...Tima kasih pada rakan taulan yg hadir pada majlis Yas'sin ....
ينديق كات انا ملالوءي هاري-هاري يڠ ڤنوه كتروجأن، امت مڽرونوككن معلومله سسكالي ڤولڠ....
ان شاء الله برمولا چوتي اول سمستير ننتي انا اكن ممباوا استري سرتا انق-انق برچوتي ك سواتو ديثتيناسي يڠ تنڠ سرتا اينده.
دعاكن كامي سكلوارڬ بربهاڬيا سلالو......
Pendek kata Ana melalui hari-hari yang penuh keterujaan, amat menyeronokkan maklumlah sesekali pulang....
Insyallah bermula cuti awal semester Sekolah nanti Ana akan membawa isteri serta anak-anak bercuti ke suatu distinasi yang tenang serta indah.
Doakan kami sekeluarga berbahagia selalu......
Dicatat oleh Hamba allah yang lemah di 5:07 PM 0 ulasan Pautan pada catatan ini
26 February, 2010
TO FLY LIKE A BIRD - تربڠ بيبس
السلام عليكم،
سلام سجهترا سلامت برسوا كمبالي....هاري-هاري يڠ دلالوا سماكين ممبهاڬياكن، كران كبهاڬيءن ايت اد ددالم ڬيڠڬامام كيت، اوليه كران ايت كراهكنله اوڤاي كيت اونتوق مڠالي دري دالم ديري سنديري.
Assalamualikum,
Salam sejahtera selamat bersua kembali....hari-hari yang dilalui semakin membahagiakan, kerana kebahagiaan itu ada didalam genggamam kita, oleh kerana itu kerahkanlah upaya kita untuk mengali dari dalam diri sendiri
لاڬي ايات يڠ ممبيچاراكن تنتڠ كبهاڬيءن " كبهاڬيءن بوكنله واقف يڠ دبريكن كڤد اورڠ اورڠ لاين، سوڠڬوه دي اد د تاڠنمو"
Lagi ayat yang membicarakan tentang kebahagiaan " Kebahagiaan bukanlah wakaf yang diberikan kepada orang orang lain, sungguh dia ada di tanganmu"
اونتوق كلوارڬ ترسايڠ توڠڬولاه كڤولڠن ايه ننتي.....سلام كريندوان. كيت اكن مڠهابيسكن قواليتي تيمي برسام-سام ننتي..اكن تربڠ سڤرتي بوروڠ....بيبس
Untuk keluarga tersayang tunggulah kepulangan Ayah nanti.....salam kerinduan. Kita akan menghabiskan quality time bersama-sama nanti..akan terbang seperti burung....BEBAS
اتس ڤرمينتأن راماي مك انا توكركن لاڬو تيما.....
Atas permintaan ramai maka Ana tukarkan lagu tema.....
والسلام - سمڤأي جومڤا لاڬي.
Wassalam - sampai jumpa lagi.
Dicatat oleh Hamba allah yang lemah di 4:34 PM 0 ulasan Pautan pada catatan ini



