Sahabat-sahabat dan saudara-saudaraku,
Esok, insya-Allah aku akan berangkat untuk menunaikan Haji. Ini satu lagi langkah mujahadah yang mesti ku tempuh. Kekadang hati digaru ragu apakah aku layak diterima sebagai tetamu Allah SWT? Layakkah hatiku yang berdosa ini melangkahi Mina,Padang Arafahmu serta menjejaki Muzdalifahmu . Namun, jauh di sudut hati, di sebalik segala kelemahan dan kekotoran diri, masih terselit cebisan harapan untuk mendapat pengampunan.
Doakan aku. Insya-Allah akan ku doakan kalian (secara umum) dalam tawaf dan ‘Saie’ku nanti semoga kita menjadi mujahid yang hidup dan mati hanya kerana dan untuk Allah semata! Amin. Doakan aku.
Rujukan ku rujukan mu jua
2 months ago




0 ulasan:
Post a Comment