Bersua kembali,
Tah apa ker mimpi tiba-tiba jer..Supervisor aku cadangkan untuk buat makan-makan di tepi pantai laut Merah pas abis kerja, so apa lagi ramai laa yang teruja nak joint maklumlah nak jugak tengok budaya orang-orang arab lepakkan?....
Kedinginan malam yang mencengkam...
Arrangement pun dibuat maka Shift aku (B) dan Shift (C) joint serta analyser derpartment...ada dalam 20 orang gak...
Kami berkumpul selepas waktu Isyak, wahh...dia orang tempah Khemah ala-ala Baduwi gitu (pinjam ayat Hj.Ghazz)seronok gak rasa macam main-main pondok (teringat masa kecik-kecik dulu)....api dihidupkan ditengah-tengah Khemah...so terasa laa bahangnya cause laa nee dh mula musim dingin disini.
Acara selamat datangnya adalah minum Gahwa-kopi arab yang dimakan bersama kurma manis, bersama halwa dan lain-lain...
Ana ngan Supervisor..maklumlah nak jadi menantu eeheee....oppss rakan kongsi niaga laerr....
Selepas bersembang dalam 1jam semua barang-barang keperluan ready untuk di bakar-
menu utama adalah rusuk kambing bakar,berserta hati dan Laham.
Sedang menyibuk bakar Laham...
Fadal ya sabab....(silakan makan kawan-kawan - rasa daging tuu teringat-ingat lagi)
Hidangan terakhirnya adalah Shai Nana-Teh 'o' dicampur daun pudina yang kurang gula-best sebab sejuk-sejuk minum Teh ini jadi segar...
Dalam jam 12am Ana serta teman-teman melayu pun cabut sebab mata dah tak tahan nak melayan mata orang-orang Saudi (sebab diorang keturunan BATMAN)
Jadi Ana rasa enjoylah jugak sekali-sekali dapat melepak ngan orang tempatan nee...
Wasallam-sampai jumpa lagi.
Rujukan ku rujukan mu jua
2 months ago




0 ulasan:
Post a Comment