السلام عليكم ورحمة الله وبركاته تحية طيبة وبعد
Selamat berjumpa kembali,
Setiap orang yang menunaikan ibadah haji menyimpan berbagai pengalaman masing-masing, baik yang berkait fizikal atau pengalaman rohani. Umumnya, berbagai kisah pengalaman haji itu hanya menjadi cerita yang dikisahkan kepada keluarga, saudara, sahabat handai taulan dan teman-teman. Bagi aku biarlah segala pengalaman itu hanya bermain di kotak memori hati ini....Allah Ya Kariim saja yang maha mengetahuinya....
Semasa di Mina dan Dihari Wukuf di Arafah
Aku amat bersyukur kerana telah selamat melakukan rukun islam yang ke5, sujud syukur pada ALLAH TA'ALA...
Berbanyak terimakasih pada Mak dan Ayah yang membenarkan kepergian aku ke bumi anbia ini dan keduanya kepada isteri serta anak-anak tercinta kerana mengizinkan aku meninggalkan mereka untuk berdikari.....
Aku ingin berkongsi kebahagian hati ini bersama keluarga tersayang....
BAHAGIA ITU BILA MEMBAHAGIAKAN
Kita tidak akan bahagia selagi orang di sisi kita tidak bahagia. Pegang kata-kata itu. Impilikasinya, untuk kita bahagia, carilah orang yang paling hampir dengan kita dan bahagiaakanlah mereka. Hanya setelah itu, barulah kita akan merasa bahagia. Sesungguhnya bahagia itu bukan “benda” yang akan berkurang bila diberikan, tetapi ia umpama cahaya yang semakin “diberikan” akan bertambah terangnya.
Hanya doa serta nama-nama kelurga tercinta telah aku semadikan ditanah Arafahmu...
Semoga mereka akan mendatangi tanah harammu ini...insyallah
Jutaan tetamu Allah sedang melakukan tawaf Ifadoh pada 10 Dzul hijjah 1430H, gambar bawah tetamu Allah berlepas pulang selepsa tawaf wida pada 13 Dzul hijjah 1430H
Segala ujian yg telah aku lalui sepanjang berkelana telah menyedarkan aku tentang hakikat seorang Hamba yang lemah. Bila direnung kembali ada hikmah disebalik yang berlaku dan menjadikan aku lebih dekat kepadaNYA.....aku jua berdoa jika ini lah Haji terakhirku maka terimalah segala doa-doaku dan ampunkan segala dosa-dosa yang telah aku lakukan sepanjang kehidupan ini olehmu...
Sampai jumpa lagi.
Rujukan ku rujukan mu jua
2 months ago




0 ulasan:
Post a Comment