BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

20 January, 2010

KEMBARA SEPI

Salam hormat,



Sesuatu yang terindah adalah sesatu kejayaan yang memiliki sendiri. Percaya lah, setiap apa yang kita lakukan, tanpa kita sedar, kita banyak menyentuh perasaan orang lain. Dipandang oleh beribu insan kerana kita adalah insan yang lemah serta tidak sempurna . Maka untuk berjaya terima lah nasihat itu kerana kejayaan hidup kita bermula dari kegagalan.




Maaf sebab terlalu banyak yang terfikir di fikiran untuk di muatkan dalam entry kali ini. Yang penting, kita harus mencuba sesuatu dahulu supaya kita mampu mengubah diri kita lebih baik dari saat sebelumnya. Walaupun kita sudah mencuba berkali-kali, jangan mengalah jika kita gagal. Teruskan walaupun kita pernah gagal dengan cara itu. Ingat, "Hidup mestilah berani untuk gagal" supaya kita dapat memperbaiki kesilapan kita. Barulah kita mampu mencari kejayaan sebenar.

....................................................................................

Pada berhujung minggu yang lalu Ana meneruskan perjalanan musafir bersendirian ke Tanah Haram....Madinah Al-Munawwarah. Jelas sekali apabila berada di Tanah Harammu ini hati jadi tenang, jiwa yang kacau menjadi kudus.....Allahuakhbar3x


Larangan merokok yg telah dikuatkuasa...

Maka dikesempatan itu sempat juga Ana bercampur gaul dengan orang-orang tempatan terlintas juga di fikiran bahawa betapa nikmatnya berada di negara arab ini jika kita bisa berbahasa arab dengan fasih . Maka mudahlah kita nak "ajar" org2 arab ini agar pandai bersikap tenang dan lemah lembut seperti org2 di timur ...but not bad dengan berbekalkan bercakap bahasa Arab "Syuway-syuway"(sikit-sikit) serta "Ana sakin bi Malayzie"(saya tinggal di Malaysia)..yahh boleh dikatakan Ana will survival.

Sekarang kalau Ana ingin membeli barang2 sudah boleh mendapat harga yang amat berpatutan.... nah gituuuuu...

.....................................................................................


Setiap kali duduk dlm masjid , maka terjumpalah dgn macam2 orang dari pelbagai bangsa yang dihubungkan dengan ikatan akidah yang murni , ada yang sempat ditegur ada yang tidak...ketika selepas waktu subuh Ana amat tertarik dengan satu rombongan jemaah dari Malaysia...



1)Kerana dari segi penghayatan mereka, Ana lihat amat kurang tumpuan apabila Mutawwif memberi penerangan....naper ehhh???
Ada yang tiba2 keluar dari penerangan tersebut untuk pergi ke makam Bakiq..sdgkan waktu itu makam sudah mula ditutup (dibuka 1jam saja lepas Sembahyang subuh hingga 0730)


2)Semasa selepas Azan Isyak..wah kelihatan seorang kelibat jemaah yg lengkap berbaju Melayu serta bersamping songket sedang mendudukan kepala sambil tangan kanan lurus ke lutut...(sahlah org Melaysia-hormat gitu)..
Persoalan yg bermain dibenak....haruskan Ana kena berhemah seperti itu untuk Survival di bumi Arab??



Adakah tingkah laku Ana nanti turut mempengaruhi anak2 ??? tetapi semua persoalan itu sudah ada jawabanya untuk Ana....berkemungkinan semua pembaca ada jalan tersendiri kan??


3)Jemaah yg lengkap itu tadi ingin pergi ke saf-saf Raudah...pembaca tahukan kalau kita ingin ke Raudah pukul berapa mesti bersiap sedia???
Melihat dari gayanya dia adalah seorang VIP dari Malaysia, pakaiannya sungguh cantik, jam tanganya kelihatan amat mewah....

Persoalan yg bermain dibenak.....tanah harammu ini adalah bumi Allah, semua manusia adalah sama tidak kira pangkat serta darjat, anda tidak ada keistimewaan langsung...wang anda tidak dapat membeli Raudah....


Krpet hijau adalah kawasan Raudah-(Gambar ini bukan gambar pada hari kejadian)

4)Akhirnya kesemua itu terjawab apabila Ana berjumpa juga dengan salah seorang jemaah tersebut bersama Mutawwif tersebut disebuah Restoren...Ana tidaklah berapa terkejut apabila diberitahu datang dari TTDI katanya......
Oooohhh patutla...org2 kaya rupanya (didalam hati)
Maka bertambahlah lagi experiance Ana tentang hidup ini...


.....................................................................................

Keajaiban kejadian alam.....

Ya Allah sesungguhnya engkaulah yang menjadikan 7 petala langit serta 7 petala bumi dan Nabi Muhammad itu Rasul utusanmu....


Selepas waktu Asar kelihatan para pekerja Masjid tergesa2 mengulung semua karpet2 yg terletak dibawah payung raksaksa...semua jemaah telah diarahkan supaya beredar ke kawasan lain ...apabila Ana melihat wah...rupa2nya rintik2 hujan sudah membasahi ruang2 Masjid dibawah kawasan payung itu....
Ramai juga para jemaah berpusu keluar Masjid untuk melihat hujan yang turun. maklumlah jarang sekali hujan yang turun di Negara Saudi ini...



Lebih kurang 10minit saja hujan yang turun dan membasahi bumi Madinah...selepas hujan agak reda Ana terus berjalan untuk menuju ke Pasar Khurma..Ana berkata didalam hati untuk mengambil gambar kenangan di Madinah selepas hujan berlatar belakangkan Masjid Nabawi...




Sesungguhnya kita insan yang lemah.....

0 ulasan: