BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

10 February, 2010

MUN'THU SANAH (A YEAR AGO)

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Salam Persahabatan Selamat bersua kembali,
Perjalananan hidup ini memang diibratkan seperti roda, adakalanya kita diatas sementara diwaktu yg lain pula kita tanpa menduga ataupun memamg dugaan berada dibawah semula…..seperti putaran alam ini dari siang ke malam.

Bergambar kenangan di Senai Airport 16 Feb 2009@1730hrs

Keluarga yg ku tinggalkan-kini sudah tabah...


Tinggal kenangan-Pok ya!! apa kabarmu sekarang??


D Kuwait Airport


Transit di Kuwait


Walaupun segersang mana pun bumi Allah ini tetapi apabila Allah mengatakan “Kun Fayakun” makan berbondong2 lah segala jenis manusia mendatanginya untuk mencari sesuatu yg lebih baik dari sebelumnya…dengan ini berhijrahlah Ana ke bumi Anbia ini sebagaimana yg telah ditetapkan olehnya…..
Maka dengan rasminya pada tanggal 16HB.FEB.2010 genaplah setahun menempuh titian kehidupan hidup di perantauan…….

...................................................................................

PENGALAMAN

Dalam train ke balai berlepas antarabangsa..


"Peace" tetapi saat gugurnya airmata rindu......


Pengalaman adalah sebuah fenomena alam yang akan selalu terjadi pada manusia. Setiap manusia diajarkan untuk selalu mencari sesuatu yg mampu untuk merobah jalan hidupnya. Tidak dapat dinafikan lagi bahwa manusia itu tidak akan hidup tanpa bantuan orang lain. Atau boleh dikatakan sebagai makhluk sosial. Dari pernyataan diatas berkesimpulan bahwa kita diajarkan untuk tidak tamak dan sombong dengan apa yang kita miliki sekarang. Hidup itu seperti roda yang berputar.

Antara teman yg awal berhijrah-Kenangan bersama allahyarham Jais al-fatihah utknya...


Hari pertama d Saudi


Pengalaman bukan sekadar guru bagi kita,tetapi juga merupakan pendamping setia di setiap langkah manusia untuk menjalani kehidupanya......
Dalam kehidupan, perubahan sentiasa terjadi. Kita perlu terus belajar. Jika tidak, kita akan tertinggal.
Sehingga tika ini Ana terus belajar dan terus mencari sesuatu di bumi Anbia ini kerana di bumi inilah bermulanya beradapan ukrawi (agama) serta duniawi.

HIDUP YANG SEPI

Kekesalan telah muncul didada kerana mengambil risiko penghijrahan ini kerana teringat family tercinta….hati berteriak berlagu pilu….kekadang hanya mengirim salam pada angin lalu untuk menyampaikan perasaan rindu dihati……
Ditambah pula suasana persekitaran padag pasir yg melata, membuatkan hati bertambah sayu….. suasana kejiranan yg bersendiri, suasana kerja yg tiada system…arhhhhh bosannya hidup ini…

Seleps mengerjakan Umroh kali pertama maka barulah hati ini menjadi tenang serta reda dengan jalan yg telah dipilih…terasa kerdilnya diri ini apabila dapat menghadap Baitullah….oohhh bertapa syukurnya mendapat tawaran bekerja di bumi Anbia ini kerana boleh melakukan Ziarah dan Umroh di kedua2 Tanah Harammu pada bila2 masa jika ada waktu kelapangan.



Tetapi kini semuanya tinggal kenangan.......tiada lagi ratapan rindu...tiada lagi rasa diri sensitif ....aarhhh sudah lali dengan persekitaran tempatan, hati sudah jadi keras (bukan keras hati).

Mutiara kata:
"Perbaharuilah kehidupanmu dan bervarisilah dalam mencari penghasilan dlm diri dan janganlah menoleh lagi kepahitan hidup yg lalu tetapi menafaatkan keindahannya".....

JATI DIRI YANG LEMAH

Kelemahan kita adalah kerana ketakutan kita kepada manusia lebih tinggi dari ketakutan kita kepada Allah.


KINI BAHAGIA

Tidak mungkin bagi seseorg utk mencari kebahagiaan kecuali dirinya sendiri, akan tetapi kita harus berusaha mendapat jalan petunjuk agar kita sampai kepadanya.
Jalan tersebut tersimpul didalam:
- Harus menjadi org yg jujur
- Seorg yg pemberani
- Beramal dan cinta kepada sesama manusia
- Dapat mengawal emosi serta buangkan sifat egoisme
- Hati yg bersih



Kebahagian bukanlah satu cerita dongengan atau omongan kosong tetapi ia adalah hakikat yg nyata dan dinikmati oleh ramai orang. Kita juga boleh menikmatinya apabila kita mengambil pelajaran dari pengalaman2 hidup kita.

Apabila kita teliti serta positif dalam memandang kehidupan ini maka kita bisa menjalani hidup ini tanpa ada rasa penyesalan ataupun kesengaraan.............

....................................................................................

MY MISSION


Objective utama Ana kemari??

Adalah kerana Mekah dan Madinah – Alhamdullah semuanya tercapai hajat....apatah lagi dapat mengerjakan rukun Islam yg ke 5 pada 1430H yg lalu, syukur itulah yg dapat diperkata oleh naluri hati ini…..juga Ana telah dapat berdoa diantara tempat2 yg paling mustajab untuk memohon doa iaitu di Arafah, Raudah dan Hijir Ismail untuk isteri, anak2 serta kaum keluarga sekelian puas rasa hati ini - Alhamdulliah....

Dalam perjalanan ke Madinah buat kali pertama 12 March 2009@0830hrs-singgah di Badr.

Buat 1st time ke Masjid Nabawi-Subhanallah Allahuakhbar



Kali pertama menjejaki Tanah Haram Mekah mengerjakan Umroh pada 20 Mac 2009




Di Mina pada 8Zulhijjah 1430H



Jutaan manusia melakukan Tawaf Ifadhoh pada 10 Zulhijjah 1430H




MY FUTURE


Wang@Fulus@Money..…..semoga target akan menjadi kenyataan tidak perlu banyak tapi sekadar mencukupi menampung apa yg telah Ana fikiran UNTUK HARI DEPAN tetapi yg paling penting wang itu mestilah dari titik peluh kerja yg jujur serta ikhlas semoga mendapat keberkatan……"Simpanlah di bank, pahala satu Ringgit untuk menghadapi datanginya hari kemiskinan"


Hanya mampu berdoa semoga dimurahkan rezeki di mana2 jua bumi Allah yg terbentang luas ini..
Ana berdoa semoga terus menjadi lebih tabah, ikhlas, hati berani, dijauhkan segala musibah serta diberi kelapangan untuk pergi di kedua2 tempat tanah harammu………….



Akhir kata untuk isteri, anak2 serta kaum keluarga yg telah memberi sepenuh semangat, Ana hanya mampu berdoa semoga kalian dilindungi Allah sentiasa.
Bersabarlah, jgn berputus asa , jgn hilang harapan dan optimislah menatap hari esok, kerana sesungguhnya Allah selalu bersama kalian semua. Hanyalah dia bagimu. Cukupalah Dia yg memenuhi urusanmu. Dialah yg menjaga dan menolong kalian semua.

Wasallam - sampai jumpa lagi.

0 ulasan: