BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

22 March, 2010

CUTI MAKAN ANGIN - Part 1چوتي ماكن اڠين

سلامت برسوا كمبالي،Selamat bersua kembali,

دالم منچاري كسراسين هيدوڤ برسام ممرلوكن ماس، تناڬ، واڠ ريڠڬيت سرتا برباڬاي ميديوم باڬي مڠنالي هاتي بودي ڤاسڠن تتاڤي ڤرلو د ايريڠي دڠن تقوى، توكل سرتا ايمان... تنڤا ڤڬاڠن اين مك برلاكوله اڤ يڬ سريڠ دسبوت سباڬاي ايات كليسي "كامي سوده تيدق اد كسراسين"
Dalam mencari keserasian hidup bersama memerlukan masa, tenaga, wang ringgit serta berbagai medium bagi mengenali hati budi pasangan tetapi perlu di iringi dengan taqwa, tawakal serta iman... tanpa pegangan ini maka berlakulah apa yg sering disebut sebagai ayat klise "kami sudah tidak ada keserasian"

مك جك كيت تله سراسي برسام كيت هاروسله بركوڠسي اڤ ساج برسام-سام....كران كادڠكالا ڤاسڠن كيت سچارا لڠسوڠ تله ممبري سماڠت اونتوق كجايأن كيت هاري اين.......
Maka jika kita telah serasi bersama kita haruslah berkongsi apa saja bersama-sama....kerana kadangkala pasangan kita secara langsung telah memberi semangat untuk kejayaan kita hari ini.......

سكيراڽ كيت تيدق ماهو بركوڠسي اڤاكه ننتي جك كيت ماتي، كيت داڤت ممباوا سرتا مميكول هرتا
بندا ك قبور؟ اڤاكن كيت ننتي بيرڠكت دڠن ممباوا ايستان؟ اڤاكه كيت ننتي مننتيڠ جابتن دان ڤڠكت؟ اڤاكه كيت ننتي دقبوركن دڠن ليمڤهن امس دان ڤراق؟ اڤاكن كيت ننتي اكن دايريڠي منوجو عالم اخيرة دڠن كريتا دان ڤساوات تربڠ؟
Sekiranya kita tidak mahu berkongsi apakah nanti jika kita mati, kita dapat membawa serta memikul harta benda ke kubur? Apakan kita nanti berangkat dengan membawa Istana? Apakah kita nanti menenteng Jabatan dan pangkat? Apakah kita nanti dikuburkan dengan limpahan emas dan perak? Apakan kita nanti akan diiringi menuju alam akhirat dengan kereta dan pesawat terbang?

سسوڠڬوهڽ برسام كسوليتن اد كموداهن، دان ستله تڠيسن ڤستي اد سڽومن. ستله مالم تربيتله سياڠ، اكن ترسيڠكڤله سڬالا سينر اون كڬلاڤن، سڬالا بنچان اكن لڽڤ، كسوليتن اكن بيرقهير دڠن ايذين الله جوا.....
Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan, dan setelah tangisan pasti ada senyuman. Setelah malam terbitlah siang, akan tersingkaplah segala sinar awan kegelapan, segala bencana akan lenyap, kesulitan akan berakhir dengan izin Allah jua.....

....................................................................................
>Cuti minggu ke 2,


Sempena dengan cuti penggal persekolahan pada tanggal 13hb.Mac yg lalu kami sekeluarga bercuti ke Indonesia.....
Kesemua anak-anak serta isteri amat excited, ayuh mari kita sama-sama mengembara serta berkongsi pengalaman serta idea.

Hari Pertama - 14hb.March

Jam 11pagi kami sudah bersiap untuk ke Kuala Lumpur, dalam perjalanan kami sepakat membuat keputusan disaat akhir untuk singgah di Batu Pahat-Sri Medan untuk menziarahi emak saudara. Entah klo dah rezeki agaknya....disekitar jalan pekan Parit Yanni ada la pulak buah durian....aahaa apa lagi....


Sementara menunggu penerbangan pada esok hari sekitar jam 1455hrs kami sekeluarga telah bermalam di Palm Garden Hotel ioi Resort di Putrjaya.

Hari Kedua - 15hb.March







Sempat dawar-dawar disekitar Tasik Putrajaya

Sekitar jam 5ptg kami sekeluarga selamat mendarat di Bandara CGK-Jakarta, Alhamdulliah segala urusan Imigresen berjalan lancar kira-kira 10-15minit sahaja. Kedatangnan kami telah disambut oleh Mas Dede yang ramah merangkap pemandu pelancung kami nanti.


Selepas segala kendalian bagasi selesai destinasi kami yg pertama ialah Kota Bogor juga disebut sebagi Kota Hujan....perjalanan kami sekitar 4 jam kerana hujan telah turun dengan lebatnya di pertengahan perjalanan serta mobil yg macet sekitar pinggir kota Jakarta ini...oowwah sungguh memenatkan...

Kami nyampai di Hotel Mirah jam 8 malam...Room rate Rp495,384 include breakfast 2 org.

Hari Ketiga - 16hb.March



Bergambar kenangan di hadapan Hotel Mirah.

Pengembaraan kami sekeluarga bermula untuk melihat Kota Bogor secara dekat tetapi kami agak hairan kerana orang terlalu ramai di persekitaran Istana lama serta di kebun bunga dan dari apa yg telah di sampaikan Mas Dede, ini kerana pada hari itu adalah sebagai Public Holiday untuk mrnyambut "Hari Raya Nyepi" (khas buat penduduk Bali)


Mengelilingi Istana Bogor dengan kereta kuda dalam 15-20 minit Rp40,000


Along sedang merasa air Cincau tapi rasanya seperti air batu Cendol Rp 2500


Anak-anak teruja melihat arnab yg jinak 5 ekor dijual RP 100,000

Apa yang Ana lihat disekitar Kota Bogor ini banyak peniaga menjual barangan hasil dari pertanian yg segar-segar...antara nya Avocado dan Ana sedikit kesal kerana terlupa untuk mengambil gambar buah "Menteng" sebesar bola pinpong warna kekuningan dan rasanya seperti rambai serta duku juga hanya terdapat di Bogor sahaja.


Selepas berehat 1jam serta membeli keperluan makanan kami akan melihat keindahan Istana lama dan kebun bunganya yg di katakan luas mata memandang serta sejuk bila melihat....

Kita saksikan nanti - bersambung

0 ulasan: